Friday, March 25, 2011

Belajar kembali........

Salam buat semua,

Kira lama jugak ler tak update blog saya ni. Maklumlah cuti seminggu school holiday yg pas amek kesempatan balik kampung hubby di Jerteh T'ganu. Kebetulan plak adik ipar melangsungkan perkahwinan. Nanti saya postkan gambar tang tuhhh..

Hari ini saya nekad amek keputusan dengan kawan sekerja yg tgh sambung PhD di UKM utk kembali menjenguk (betul ke istilah ni) PSTL (Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM) untuk mengambil auro dan mood belajar kembali. target kami adalah untuk ke koleksi journal kerana skrg tgh pusing untuk isu2 yang ingin dikaji. Wah! macam mimpi plak rasanya back to School..hehe..Perasaan saya? happy sangat dan bersemangat untuk kembali belajar terus menjalar di segenap tubuh ku.....akan ku teruskan mood belajar ni kerana ni lah cita2 yang mmg idamkan sejak abiskan master 12 tahun yg lepas. 12 tahun tinggalkan universiti dan bekerja adalah pengalaman yang amat jauh bezanya...insyaallah akanku teruskan perjuangan ini...

12 tahun tinggalkan univesiti.....lama tuh! anak pun dh empat. Tapi terasa masih ada yg kurang. Inilah kita org pompuan ni, kalo dan berkeluarga mmg banyak kekangan yg mengganggu terutamanya bab belajar. Maklumlah kerja kita bukan saja kat ofis, balik umah pun kena kerja gak..patah lg macam sy ni tak da pembantu. Semuanya kena buat sendiri...Insyaallah akan ku kotakan impian saya nihhhhh....

Hari juga sempat tersempak dgn pensyarah plak, Dr. Faridah...puhh memang best giler lah. Dia plak masih ingat kita. happy habis beb..Psyrh saya ni best giler dan sgt sporting, friendly lagi...siap peluk cium kita lama tak jumpa....hihi..senarnya sy yg segan nk jumpa depa. Maklumlah lama sgt dh tak belajar, otak macam berkarat je...tapi seorg pensyarah yg sy tak sempat jumpa lg, Prof Dr Samsudin.....sifu saya dari degree lagi ni...kami mmg ada keserasian. Prof ni mmg best dan dari beliaulah saya banyak belajar buat kajian serta metodologi kuantitatif (lecturer sy ni mmg terer metod ni). bila lah dapat jumpa dia....

Belajar ini perlukan banyak pengorbanan dan keinginan. inilah yang selalu saya cakapkan dgn students saya. Tak kira berapa usia kita sekali pun selagi ada cita2 dan keinginan yg ingin dicapai insyaallah segalanya akan berjalan lancar. saya tau usia makin meningkat tapi ia bukan halangan untuk sy meneruskan cita2 saya..hubby pun dh bising kenapa x smbg belajar, maknanya bg lampu hijau ler tuhhhh....Doakanlah saya moga sukses dalam study saya...dan insyaallah thn 2011 menyaksikan transformasi dlm karier dan hidup sy sbg isteri, ibu dan pensyarah.....dan pelajar..

Setiap keinginan perlu direalisasikan agar kelangsungan hidup dapat diteruskan........




Thursday, March 10, 2011

Kek Hantaran Bertunang..

Ini hanya sekadar himpunan koleksi kek yang ditempah oleh customer saya masa wujudnya Aina Bakery dulu..Tengok balik gambar ni macam gatal je tangan nk buat decoration.




Sebenar saya tak berapa pandai bab decoration ni. Boleh lah sikit2. Kena belajar lagi sebenarnya. Buat bunga tu, pandai ler sikit. Tengok..jadi gak bunga rose kan?..Cream tu saya gunakan fresh cream..sedap cuma agak cepat cikit cair kalo tak duk tempat sejuk..



Apa2 pun ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua customer Aina Bakery dulu yang banyak menyokong kerjaya saya meskipun dalam masa yang singkat usia kedai saya. Namun pengalaman di kedai itu banyak mengajar saya lebih tabah berhadapan dengan pelbagai masalah baik kecik mau pun besar. Itu lah asam garam dalam dunia perniagaan yang banyak memerlukan kesabaran, kekuatan serta kreativiti.

Wednesday, March 9, 2011

Weight Loss Facts...

Salam semua.....

Masalah berat badan ni masalah sedunia. Betul tak? Kalo tidak, x da lah sampai diwujudkan program khas untuk turunkan berat badan spt Biggest loser tuhhhh. Saya pun pengikut setia program tersebut dengan harapan ia boleh membantu memberi saya satu inspirasi untuk turunkan berat badan. Saya ni macam2 cara dah guna, sampai bosan juga, tapi berat badan turun pas tu naik semula…saya ni nak dikatakan gemuk idok ler....tapi saya x selesa dengan berat badan begini kerana masalah dr segi saiz baju. saya punya pendapat, kalo baju lama tak muat sebab bdn kita dah berisi, janganlah gatal nk beli baju baru plak. pasal apa, yang bermasalah bukan baju tetapi tuan baju tu. Mana ler larat duk perabis duit beli baju tapi badan kita, kita tak tengok dan peduli...tak adil ler salahkan baju...

Menurunkan berat badan ni, pada pandangan saya bukan tiket untuk bergaya dan cantik. Bagi saya ia lebih kepada kecergasan dan kegembiraan. Apabila berat badan naik, badan jadi lemah, lesu, malas....nak baring je terutamanya time tengok TV...tak larat lah kan?...itu lah yang membuat kan semangat saya berkobar untuk turunkan berat badan. sekarang saya dah berjinak2 berbasikal, terutamanya ujung minggu. seronok ckit amik udara segar pagi2 sekeliling taman. Lagi pun masa tu sunyi je, kereta tak banyak, orang x da sangat, tak ler malu sangat...(kiki sebenarnya baru belajar berbasikal....setakat ni boleh ler kayuh dlm sekitar 10 pusingan sepagi)...

tapi dalam isu ni, nak salahkan siapa? Kita sendiri jugak kan, makan ikut nafsu tetapi work out langsung x nak…pergilah mana2 pusat pelangsingan badan mana sekalipun, kalo sendiri x leh control makan, harapan tinggal harapan juga..

Mood saya workout ni bermusim (macam musim dorian plak yeaaa? ada ketika saya tersangat rajin areobik (buat sendiri kt umah, bantuan VCD)..kekadang sy berbasikal (kami beli satu-yang x leh kayuh luar umah..faham?)...sampai satu tahap tuh siap beli treatmil tuhhh...betullah kata org...usaha tangga kejayaan..kalo berat turun ckit rasa selesa, stop workout...itu lah masalah saya.

kenakan plak saya ni rajin sesangat buat kek segala bagai untuk anak2... naik semula..cuma sekarang ni saya pastikan berat saya jgn melebihi 62 kg....(dgn ketinggian saya. berat tuh kira obes ler saya)...x nakkkkkkk...sebenarnya saya menyimpan impian nk capai 55 kg....insyaallah..

Meh kita share info pasal fenomena losing weight ni…mudah2an boleh direnungkan bersama…

Source: http://fatloss4idiots.com


Low Fat Foods DON'T WORK.

You cannot lose weight using Low Fat Diets. Low fat foods have been popular for more than 15 years, but yet our society is getting more overweight as each year passes. This fact alone should tell you that eating a purely low fat menu is not the answer to losing weight.


Low Calorie Diets DON'T WORK.

You won't lose weight using a Low Calorie Dieting Plan either. In fact, eating low calories is the worst thing that you can do to your body, since that will only slow down your body's fat burning engine and ruin all chances of losing weight (low calorie diets may allow a few pounds of weight loss for the first few days, but then after that all weight loss comes to a halt --- known as a dieting plateau). You can never get slim by starving yourself.


Low Carb Plans DON'T WORK.

You'll probably find it extremely difficult to get slim using a Low Carb Dieting Plan. Low carb diets have recently become popular over the last couple years, but the problem with low carb menus is that they are too strict and TOO HARD TO FOLLOW for average people. Low carb menus tend to rob your body of too much energy (carbohydrates) and make it nearly impossible to remain on the program for very long. This is why so many dieters find it difficult to follow a strict low carbohydrate menu.


What about Weight Watchers and Jenny Craig Dieting Plans?

Weight loss programs such as Weight Watchers (and Jenny Craig) usually involve slower dieting progress over a longer period of time, since such programs generally promise only 2-3 pounds of weight loss per week. Also, programs such as Jenny Craig usually involve buying special meals and/or dietary supplements during the initial phases of the program. While some people may like these types of dietary programs, we prefer a dieting plan which focuses on faster weight loss, such as the Accelerated Fat Burning Program shown below...
.....sesungguhnya adalah mudah mengapai impian dan kejayaan sekiranya ada kesungguhan dan usaha yang gigih......

Tuesday, March 8, 2011

Kek Coklat Moist



Sekali merindui juga nak makan kek coklat moist hasil air tangan sendiri. Puas hati habis kalo dapat buat kan, bole ler makan sepuas2nya. Anak2 apa lagi, mesti happy giler punya dapat kek coklat. Cu tanya mana ada budak2 yang gemari coklat. kan?????

Resepi Kek Coklat moist ini saya cedok dari Myresepi, tapi masalahnya tak ingat sapa nya. Tuan punya resepi minta halalkan. Kek coklat ini memang moist dan lebih sedap kalo disaluti topping coklat. Untuk kek hari jadi elok beno lah..tapi untuk cupcake tak cantik. Saya dh try, gambarnya tak sempat nk postkan...



Sesuai untuk hidangan minum petang sekeluarga.....




Mengancamkan?.....

Sesapa yang nk try boleh ler ambik resepi ini... satu adunan ini boleh menghasilkan kek seberat 2 kg. kalo beli kat luar mahal kan? kalo pasal x pandai buat, tipu lah...saya rasa semua orang mesti ada kreativiti yang tersendiri. Nak jual pun boleh. Anda kreatif anda berduit..betul dak?

Resepi:

Bahan A:
250 g butter
2 cwn gula halus
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp esen vanila
1 tsp soda bikarbonate

Bahan B:
1 cwn air panas
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung koko
1 cwn susu segar/susu coklat
(semua bahan ini digaul rata-sejukkan)

Cara Membuat:
1. Pukul gula dan butter sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul rata.
3. Masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bikarbonate.
4. Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata.
5. Bakar sampai masak.


Topping Coklat:
1. 200 gm whipping cream
2. 500 gm cooking chocolate (potong dadu)
3. 2 tbsp butter

Cara:
1. Masak whipping cream sampai mendidih. Padam api masukkan dan gaul rata cooking chocolate tadi sampai likat dan masukkan butter.

(jangan ler guna masa panas, nanti tak cantik. biar sejuk atau biar semalaman dlm peti sejuk. nk gunakan kuarkan- yang ini boleh ler buat macam2. Nak buat bunga rose, shell...terpulangler kepada kita...)


SELAMAT MENCUBA....

Monday, March 7, 2011

10 tips Chef yang berjaya...

Pasti ramai yang menyimpan minat untuk jadi chef suatu masa nanti seperti beberapa nama chef terkenal di negara kita- Chef Ismail, Zam, Wan, Florence, Anuar, Sabri dan ramai lagi. Setiap kali mereka muncul di kaca TV dengan resepi2 baru, pasti ramai peminat yg tidak akan melepaskan peluang bukan sahaja tengok chef tetapi yang paling penting resepinya.......Malah anak saya Angah pun menyimpan cita2 nk jadi chef...emmmm insyaallah..kalau betul minat kena buat betul2.

Kalo dulu kita dengan kerjaya tukang masak (gelaran klasik) pasti kita ingat apa sangat ler kerjaya gitu...tapi sekarang kerjaya ni boleh buat duit maaaaa...Malah kini banyak kelas serta tempat yang menawarkan pengajian kulinari. Yang paling penting kerjaya ini bukan sahaja diceburi oleh golongan wanita malah mungkin tidak keterlaluan jika saya boleh katakan ianya semakin dikuasai oleh kaum Adam...malah chef terkenal serata dunia bukan sahaja di Malaysia ramai dari kaum Adam..jangan ler plak kaum Hawa berkecil hati dgn pernyataan saya. Lagi pn tad lagi statistik yang boleh menyokong pendapat saya ni....berdasarkan pemerhatian di kaca TV..

Saya tidak menaruh cita2 nk jadi chef sebab memang saya chef pun...betul tak...ala kalo dh jadi ibu dan isteri tu mesti secara automatik dapat gelaran chef tak rasmi. Cuma kat umah tak da ler kita guna topi chef tu...

Saya ni sebenarnya peminat channel AFC dan TLC... pantang berpeluang mesti itu ler channel yang saya pilih. Bukan apa, seronok betul ler tengok org masak. Selain itu boleh juga dapat idea yang boleh dipratikkan di dapur sendiri...

sebenarnya saya cuma nk share tips jadi chef terkenal je...ini saya petik dari majalah SAJI (Januari 2011)

1. Perlu bersifat jujur, rajin dan semangat yang kental mengharungi pelbagai dugaan
2. Sentiasa mempunyai sifat ingin belajar dan merendah diri
3. Berfikiran positif & terbuka dalam menyelesaikan sebarang masalah
4. Sering membuat rujukan berkaitan dunia masakan
5. Perlu berani berhijrah untuk menimba pengalaman
6. Memasak dengan perasaan gembia dan ikhlas
7. Memastikan keadaan dapur sentiasa terurus dan bersih
8. jaga penampilan diri
9. Kreativiti tidak terbatas
10. Saling menghormati antara rakan sekerja...

Sesungguhnya kejayaan itu tidak terbatas bagi orang yang berimpian...dan beranilah mengapai impian agar kejayaan menjadi milik kita.....

Sunday, March 6, 2011

Ikan Kerapu Sweet Sour



Kisahnya bermula apabila rasa tidak puas hati makan ikan kerapu sweet sour ketika kami sekeluarga dinner kat kedai makan yang amat ramai pelanggan, sampai parking pun susah. Asalnya kak Long ajak makan citu, walaupun agak berat untuk saya menolak sebab pengalaman pertama lepas makan kt kurang memuaskan. Akhirnya keputusan terarah ke situ juga.. Tak palah, makan jer lah apa yang ada, dan tak baik untuk memilih makan, nanti anak pun macam tu juga...caya tak teori asaya ni...sebab tu parents jangan terlalu memilih nanti perangai tu turun ke anak kita...lagi pun boleh gak makan ikan kerapu sweet sour...bak kata kawan saya, kalau memilih sangat makan, hantar ke Sudan baruk tau...betul jugak kan, org di sana kebuluran, kita di bumi yang rezeki melimpah ruah, aman tapi tak bersyukur...

Semasa order kami diambik waiter tu, saya siap pesan dengan dia ikan jangan garing sangat. Rasanya kami order ikan sweet sour, tomyam campur, ikan puyuh goreng biasa dan kailan ikan masam. Cukup lah tu...

Tunggu punya tunggu......order memang lambat (penah gak terdengar org kata order kedai tu selalunya cepat) mungkin bukan rezeki kami pun malam tu. Tak pa lah, lagipun tak baik terlalu banyak bersunggut... nanti sesunggut naik kihkihkih..... tapi memang perut dh berbunyilah nak ke tunggu makanan sampai. Lagipun pelanggan memang ramai malam tu. Cuma terdetik di benak saya, pasal apa kedai ni penuh semacam, sedangkan pengalaman pertama kali saya makan kt situ, makanan situ bukan taste saya....

Yang ditunggu2 akhirnya sampai....emmm ikan kerapu sweet sour tetap garing juga. (u all tau ler kalo ikan terlampau garing, apa yg nak dimakan?)..kasia plak anak2 yg dah kelaparan, makanan plak tidak seperti yg kita oder.. tomyam adusssss....tak da rasa ler plak dan pedas teramat.. kecewakan bila kita mengharapkan sesuatu yang kita bayar tetapi tidak seperti yg diharapkan.. burung puyuh yg kami oder, sampai nasi dh habis tak sampai2 lagi, itu pun satu request lagi kat waiternya...akhirnya kami ratah je burung puyuh tuu...

itulah kalo malas masak kan? cakap banyak tak bole, nanti suami kata mami masak lagi sedap......malam tu saya balik umah dgn tak puas hati lah...mulalah menyimpan niat, tak pa esok pagi2 lagi nak p kedai masak cr ikan, masak sendiri...lagi puas.

Jeng2 inilah hasilnya.....oleh makan banyak mana ikan dgn bayaran yang kita buat kat kedai...dan menu ini antara favorite anak2 ku, asalkan jangan pedas..

Pengajaran buatku....nak makan sedap dan puas hati, buat sendiri. Berbaloi2...cuma rasa terfikir, org berniaga ni kalo nk untung pun, kualiti makanan yang dijual kenalah jaga juga. Ini asalkan masak sudah. Pada saya, kalo kita sendiri tak sedap, org lain lagi tak sedap....betul tak? Itu ingatan untuk saya juga, kalo kita nk jual barang kt orang pastikan barang tersebut berkualiti dan pelanggan puas hati dgn kita kerana repeat sales selalu berlaku lebih berjaya melalui komunikasi mulut ke mulut. Tak payah kita nk buat banyak promosi, sebab pelanggan yg puas hati dgn produk kita akan membantu kita mempromosikannya kepada org lain.



Friday, March 4, 2011

Menyusuri pantai.........




Kenangan - suami menyusuri pantai bersama Along dan Angah masih kecil.....

Rich New York Cheese Cake



Hari tu teringin sangat nk makan cheese cake. Apalah mula ler proses pencarian resipi cheese cake. Belek punya belek koleksi buku resepi yang ada dlm simpanan, saya jumpa buku Fantastic Cheesecake Alex Goh. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis cheesecake. Methodsnya simple da tidak membebankan dr segi costing. Ini ler hasilnya. Saya ambik satu slice je gambarnya....

Saya postkan juga resepinya jika ada yang ingin mencuba. Bagi penggemar cheesecake, mungkin boleh menikmati hasil air tangan sendiri. Lagi pun bole makan cheesecake yang fresh.....


RESEPI:
Sumber: Alex Goh

BAHAN-BAHAN:

Cake base
Digestive biscuit base

Filling
(A)
750 g Cream cheese
15 g sugar

(B)
30 g Flour
1/2 tbsp vanilla essence
1 lemon zest, grated
2 tbsp lemon juice

(C)
2 eggs
1 egg yolk

(D)
150 g sour cream (sy gunakan whipping cream/boleh juga yogurt)

METHOD:
1. Press the digestive biscuit base onto the bottom of greased 20 cm springform tin.
2. Cream (A) until smooth. Add (B) & cream untul well blended.
3. Add (C) one at time & cream until light & smooth. Add (D) and cream untul well combine.
4. Pour the cheese filing over the prepared biscuit base.
5. Bake the water at 160 c for 6-70 minute or until centre is almost set. turn oven off and remove water bath from oven. Leave cake in the oven for 1 hour with door slightly open.
6. set aside to cool.
Cover the cake. Refrigerate for 5 hours or overnight.

SELAMAT MENCUBA!!

Senja Berlabuh.....


Gambar 1

Pemandangan tika senja berlabuh bukan mudah untuk dinikmati terutamanya bagi kita yang tidak duduk di area pandai. Sekali sekala bertemu peluang begini amat sukar dilepaskan begitu sahaja. Hanya gambar yang mampu merakamkan perasaan tentang keagungan Allah menciptakan sekian alam.



Gambar 2

Sebenarnya gambar2 ini adalah antara koleksi suami saya yang begitu meminati photografi. Ketika itu kami bercuti di Glory Beach Resort, Port Dickson.



Gambar 3




Gambar 4



Gambar 5

Chocolate Chip Cupcake



Saya try buat cupcake coklat chip yang saya cedok dr buku Kek Cawan, Lynn Hassan. Mulanya tak confident gak takut bermasalah dr segi rupa dan juga rasa. Tapi alhamdulilah, first try saya tidak mengecewakan bukan sahaja rupa tetapi rasanya memang marvellous...anak2 saya sangat suka cupcake ini. Next day tu cupcake ni lagi sedap dan moist...




Bagi yng nak try boleh lah ambik resipi ini. Minta halalkan resipinya ya Lynn. Mudah2an Allah sentiasa bukakan pintu rezeki untuk Lynn atas sumbangan resipi ini.


Kek Cawan Coklat Chip
Sumber Resipi : Lynn Hassan

Bahan-bahan:
125 mentega (Tin) @ marjerin (tp saya guna butter hari tu pasal x stok)
110 gm gila kastor
2 biji telur
1/2 tsp vanila
130gm tpg naik sendiri
15 gm serbuk koko
2 sudu susu segar (saya gunakan 2 cup2 susu segar-sori i modified resipi u Lynn
30 gm coklat chip

Cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula kastor sampai gebu. Masukkan telur sbiji demi sbiji dgn vanila. Pukul lagi sampai kembang.
2. masukkan tepung naik sendiri yg telah diayak bersama tpg koko yang diselang selikan dgn susu segar tadi.
3. masukkan coklat chip dan gaul rata.
4. bubuh dalam cup dan bakar selama 20 minit (masa baka- mgkn berbeza setiap oven.

SELAMAT MENCUBA..


Tuesday, March 1, 2011

Blueberry Muffin



Penggemar mufin tapi runsing pasal resipi? sekarang tak payah risau dah sebab di pasaran sudah banyak mufin segera yang cuma perlu tambah telur, air dan minyak jagung je (kekadang sy bantai gak minyak masak sebab minyak jagung kehabisan stok - alhamdulilah jadi).


Untuk mufin ini saya cuma beli tepung mufin segera yang senang diperolehi dr mana2 kedai jual brg2 bakeri. Mudah dan moist. tetapi bagi yg berniaga saya tak galakan guna tepung ini sebab agak costing. Kalo untuk makan anak2 memang sesuai. Harga tu saya tak pasti tak berpatutanlah. Mufin blueberry ini memang sedap dan lembut. Di dalamnya ada blueberi kering dan bagi penggemar blueberi saya percaya mesti menyukai mufin ini.


Kebetulan rumah saya selalu kena ada stok benda begini. Pasal apa, anak saya Zakwan tu memang penggemar kek. Kadang2 tertengok buku kek pun bole minta kek lagi. Setiap yang Zakwan makan memang tidak terbazir begitu sahaja dan dia akan makan bersungguh2 lah kek. Untuk memudahkan saya membuatnya di samping proses menyimpan dgn mudah dan juga mudah dimakan oleh kanak2 saya buat kebanyakan kek dalam cup. Senangkan?




Proses pembakaran mufin ni saya tidak menggunakan bekas mufin (mahal ckit dan payah nak bakar dalam kuantiti yg banyak) saya gunakan bekas aluminium (kawan saya Zalina yg ajar), so ilmu tu saya pratikkan sampai sekarang. Maca aoven saya besar yang boleh bole muat empat sekali saya boleh bakar dalam 200 biji sekali (kalo cup size 8 dan yg besar lagi saya tak pasti sebab sy selalu guna cup size 8 je). Masa baking pun sekejap je sekitar 20 minit gitu.




Inilah oven saya yang sudah berusia hampir tujuh tahun namun masih steady... Oven ini sangat bermakna buat saya. Bakar roti pun boleh.....bole empat tray sekali tuuu...perlaburan lah katakan dan sangat berbaloi.