Friday, March 4, 2011

Rich New York Cheese Cake



Hari tu teringin sangat nk makan cheese cake. Apalah mula ler proses pencarian resipi cheese cake. Belek punya belek koleksi buku resepi yang ada dlm simpanan, saya jumpa buku Fantastic Cheesecake Alex Goh. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis cheesecake. Methodsnya simple da tidak membebankan dr segi costing. Ini ler hasilnya. Saya ambik satu slice je gambarnya....

Saya postkan juga resepinya jika ada yang ingin mencuba. Bagi penggemar cheesecake, mungkin boleh menikmati hasil air tangan sendiri. Lagi pun bole makan cheesecake yang fresh.....


RESEPI:
Sumber: Alex Goh

BAHAN-BAHAN:

Cake base
Digestive biscuit base

Filling
(A)
750 g Cream cheese
15 g sugar

(B)
30 g Flour
1/2 tbsp vanilla essence
1 lemon zest, grated
2 tbsp lemon juice

(C)
2 eggs
1 egg yolk

(D)
150 g sour cream (sy gunakan whipping cream/boleh juga yogurt)

METHOD:
1. Press the digestive biscuit base onto the bottom of greased 20 cm springform tin.
2. Cream (A) until smooth. Add (B) & cream untul well blended.
3. Add (C) one at time & cream until light & smooth. Add (D) and cream untul well combine.
4. Pour the cheese filing over the prepared biscuit base.
5. Bake the water at 160 c for 6-70 minute or until centre is almost set. turn oven off and remove water bath from oven. Leave cake in the oven for 1 hour with door slightly open.
6. set aside to cool.
Cover the cake. Refrigerate for 5 hours or overnight.

SELAMAT MENCUBA!!

Senja Berlabuh.....


Gambar 1

Pemandangan tika senja berlabuh bukan mudah untuk dinikmati terutamanya bagi kita yang tidak duduk di area pandai. Sekali sekala bertemu peluang begini amat sukar dilepaskan begitu sahaja. Hanya gambar yang mampu merakamkan perasaan tentang keagungan Allah menciptakan sekian alam.



Gambar 2

Sebenarnya gambar2 ini adalah antara koleksi suami saya yang begitu meminati photografi. Ketika itu kami bercuti di Glory Beach Resort, Port Dickson.



Gambar 3




Gambar 4



Gambar 5

Chocolate Chip Cupcake



Saya try buat cupcake coklat chip yang saya cedok dr buku Kek Cawan, Lynn Hassan. Mulanya tak confident gak takut bermasalah dr segi rupa dan juga rasa. Tapi alhamdulilah, first try saya tidak mengecewakan bukan sahaja rupa tetapi rasanya memang marvellous...anak2 saya sangat suka cupcake ini. Next day tu cupcake ni lagi sedap dan moist...




Bagi yng nak try boleh lah ambik resipi ini. Minta halalkan resipinya ya Lynn. Mudah2an Allah sentiasa bukakan pintu rezeki untuk Lynn atas sumbangan resipi ini.


Kek Cawan Coklat Chip
Sumber Resipi : Lynn Hassan

Bahan-bahan:
125 mentega (Tin) @ marjerin (tp saya guna butter hari tu pasal x stok)
110 gm gila kastor
2 biji telur
1/2 tsp vanila
130gm tpg naik sendiri
15 gm serbuk koko
2 sudu susu segar (saya gunakan 2 cup2 susu segar-sori i modified resipi u Lynn
30 gm coklat chip

Cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula kastor sampai gebu. Masukkan telur sbiji demi sbiji dgn vanila. Pukul lagi sampai kembang.
2. masukkan tepung naik sendiri yg telah diayak bersama tpg koko yang diselang selikan dgn susu segar tadi.
3. masukkan coklat chip dan gaul rata.
4. bubuh dalam cup dan bakar selama 20 minit (masa baka- mgkn berbeza setiap oven.

SELAMAT MENCUBA..


Tuesday, March 1, 2011

Blueberry Muffin



Penggemar mufin tapi runsing pasal resipi? sekarang tak payah risau dah sebab di pasaran sudah banyak mufin segera yang cuma perlu tambah telur, air dan minyak jagung je (kekadang sy bantai gak minyak masak sebab minyak jagung kehabisan stok - alhamdulilah jadi).


Untuk mufin ini saya cuma beli tepung mufin segera yang senang diperolehi dr mana2 kedai jual brg2 bakeri. Mudah dan moist. tetapi bagi yg berniaga saya tak galakan guna tepung ini sebab agak costing. Kalo untuk makan anak2 memang sesuai. Harga tu saya tak pasti tak berpatutanlah. Mufin blueberry ini memang sedap dan lembut. Di dalamnya ada blueberi kering dan bagi penggemar blueberi saya percaya mesti menyukai mufin ini.


Kebetulan rumah saya selalu kena ada stok benda begini. Pasal apa, anak saya Zakwan tu memang penggemar kek. Kadang2 tertengok buku kek pun bole minta kek lagi. Setiap yang Zakwan makan memang tidak terbazir begitu sahaja dan dia akan makan bersungguh2 lah kek. Untuk memudahkan saya membuatnya di samping proses menyimpan dgn mudah dan juga mudah dimakan oleh kanak2 saya buat kebanyakan kek dalam cup. Senangkan?




Proses pembakaran mufin ni saya tidak menggunakan bekas mufin (mahal ckit dan payah nak bakar dalam kuantiti yg banyak) saya gunakan bekas aluminium (kawan saya Zalina yg ajar), so ilmu tu saya pratikkan sampai sekarang. Maca aoven saya besar yang boleh bole muat empat sekali saya boleh bakar dalam 200 biji sekali (kalo cup size 8 dan yg besar lagi saya tak pasti sebab sy selalu guna cup size 8 je). Masa baking pun sekejap je sekitar 20 minit gitu.




Inilah oven saya yang sudah berusia hampir tujuh tahun namun masih steady... Oven ini sangat bermakna buat saya. Bakar roti pun boleh.....bole empat tray sekali tuuu...perlaburan lah katakan dan sangat berbaloi.

Monday, February 28, 2011

Ayam Bakar


Ayam siap untuk dinikmati


kekadang teringin nk makan ayam ala ayam mas tu, try ler buat sendiri. Just bakar dalam oven, dan saya bubuh kentang, karot, halia, bawang besar atau bawang merah. Ayam tu plak cuma bubuh garam, lada hitam, rosemary, lada sulah, perah lemon dan sedikit minyak jagung (kalo ada olive oil lagi elok). sesetengah mungkin suka bubuh madu, sos tiram dan kicap manis ckit pn bole, ikut selesra masing2. Bab masak ni semua ikut kehendak kita. bakar mungkin dalam 1 jam 30 minit kut (ikut suhu oven masing2)...




Ayam yang baru nk dibakar....



Kalo sesapa yang pandai buat kuah dia, lagi sedap macam lamb chop tu. tapi saya cuma makan dgn sos cili je. selalu tak makan nasi lah, meratah ayam ni je...agak puas hati apabila dapat buat sendiri sebab tidak terlalu kering. kentang, karot dan bawang tu boleh dimakan...

HAPPY BIRTHDAY ADIK ZAKWAN


Wawan bersama kakak & abangnya




Besday Zakwan (genap 2 tahun) cuma awal seminggu dari kak Ngahnya Auni, maknanya dalam bulan February saya kena celebrate 2 besday - Angah dan Zakwan. kali ni mmg tak sempat nk buat sebab 2 tahun satu hari zakwan demam panas ler plak, ingat nk buat celebration ramai sekali dgn Kak Ngah dan Abang Chik Danish (bulan March)..maka suami pun beli je kek kecik cukup untuk empat beradik tu je..










Happy Birthday Wawan. Jadi anak yang soleh............................we luv u very muchhhhh...

Thursday, February 3, 2011

ZOO Malaysia


Kami.......





Emo ......





Burung2 sedang berehat.......






Sang Gajah..............






Ini lah pak belang yang hensem.....







ini plak body builder....tengok otot2nya itu....








Saya dan Angah nak bagi makan rusa kut....




Apabila dapat membawa anak2 p zoo memang suatu pengalaman yang sangat menarik. Anak2 happy sangat apabila tau plan nk p sana....Untuk melihat binatang depan sendiri suatu yang sangat menggembirakan bagi mereka. Apatah zaman sekarang, ayan pun mungkin mereka tidak kenal tapi kalo tanya KFC semua org tau. Berdepan dengan pak belang juga suatu yang menakjubkan bukan hanya anak2 malah sendiri. selama ni kalo p zoo jarang terserempak dengan tiger & lion, selalunya mereka tidur...hari tu memang rezeki kami kut dapatlah kami melihatnya kuar dgn gagah bergaya.....