Thursday, November 11, 2010

Carot walnut cupcake and Cheese cream



Sebenarnya sudah lama teringin nak makan kek ni, minggu lepas saya berkesempatan untuk membuatnya. kek ini menjadi kegemaran anak-anak saya. Zakwan pun sudah mula menggemarinya. banyak kali dah Danish minta saya buat tapi biasa ler.......perlukan mood. Apabila berpeluang saya terus buat.....dan ini ler hasilnya.

Resipi ini kalau tak nak jadi cupcake pun ok ttpi kalau cupcake mudah nak makan. Dan amat sedap jika dimakan dgn cream cheese....fuh! sedap...................

Resipinya:

250 gm butter

220 gm gula

5 biji telur

220 tpg kek

1 tsp esen vanilla

2 btg sederhana carot

100 gm walnut cincang (perlu dipanggang terlbih dahulu)

1tbsp cinnamon


cara:

1. pukul telur dgn gula sampai kembang.

2. masukkan telur sebiji demi sebiji & esen vanila

3. masukkan tepung & b/powder

4. masukkan karot (diparut halus & perah sikit airnya) kemudian gaulkan dgn walnut panggang yang dicincang halus. gaul rata

5. masukkan cinnamon

6. bakar


SELAMAT MENCUBA


Sunday, November 7, 2010

Kek Lapis Horlick Hot Chocolate Cadbury


Ini adalah kek Lapis Sarawak yang terbaru koleksi saya tahun ini & first time buat. Alhamdulilah menjadi dan mampu memenuhi citarasa rakan2 dan customer saya. Resepinya saya gunakan resepi bro. Rozzan dan ada sedikit pengubahsuaian mengikut kebolehan saya- harap bro.Rozzan hahalkan resepi beliau......


Resepi:

13 biji telur kuning
9 biji telur putih
500 gm butter (selalunya saya gunakan jenama Anchor)
200 gm gula halus
200 gm tpg hongkong
100 gm horlick (perasa original)
100 gm hot chocolate Cadbury (Milo/vico pun boleh)
1 tin kecil sri kaya
100 gm air sejuk (terus dr peti sejuk ye)
1/2 tin susu pekat manis (boleh krg kalo x nk manis)
1 tbsp ovellete
1tsp esen vanila

cara membuatnya

1. pukul telur, gula dan ovellete sampai gebu dan bubuh air sejuk dan pukul lagi.
2. masukkan sri kaya
3. masukkan tepung hongkong
4. masukkan adunan susu dan butter yang dipukul di tempat berasingan.
5. bahagikan kepada dua adunan - horlick dan hot chocolate
6. bakar berlapis-lapis sampai habis

* harus ingat sentiasa gunakan api atas sahaja....
SELAMAT MENCUBA......

Kek Lapis oh kek lapis..............



















Ini antara kek lapis sarawak yang sempat Aina buat selepas balik kampung raya yang lepas buat menjamu kawan2 yang sempat bertandang ke rumah di Bandar baru Bangi.


Dari kiri, Kek lapis Cheese Blueberry, Lapis Batik Sutera, Lapis Horlick Hot Choloclate dan Lapis Tembikai. Resepinya insyaallah akan saya postkan kemudian.......

Ketemu lagi....

Lamanya menyepi tanpa khabar.... tiada kesempatan sangat nk update blog. Terima kasih kpd mereka sudi menjenguk blog saya selama ini. lepas ni insyaallah akan saya cuba untuk sentiasa up date dan kta akan sentiasa berkongsi resepi, baik kek lapis atau resepi2 lain...

Banyak resepi kek lapis sarawak yang akan saya sharekan dengan anda semua....NANTIKAN.....