Sunday, January 19, 2014

Koleksi Kek Birthday Decoration.

Happy New Year 2014. Kat sini just nak share some cake deco yang saya pernah buat untuk anak dan juga rakan-rakan. Sikit sebanyak semoga dapat berkongsi idea untuk dekorasikan kek. Enjoy...

 
Cup cake - kawan

Cup Cake - kawan
 
Kek Birthday Zakwan- angry bird
 

Kek Birthday angah

Paling simple- Kek Birthday Danish



Saturday, September 21, 2013

Membuat Corak Kek Lapis Batik Sutera

Alhamdulillah hari ni berpeluang untuk menulis di laman blog ni... Lama sungguh tak menulis. 


Di kesempatan ini,  saya nak kongsi beberapa steps bergambar untuk membuat corak kek lapis batik sutera.

      Adunan yang telah diasingkan kepada 3. Yang hijau & merah masukkan dalam botol sos. Ready untuk buat kek lapis batik sutera. 




            Proses melapis -bahagian tengah kek lapis batik sutera. Selang seli hijau dan merah sampai penuh satu layer. Macam jalur bendera..... Lepas tu masukkan dalam oven. Layer by layer bakarnya.





Hasilnya - a beautiful kek lapis batik sutera.





Tuesday, August 9, 2011

Isu BUTTER dalam kek lapis

Awal bulan Ogos ni tetiba je kita digemparkan dengan berita kurang enak berkaitan dengan kandungan butter tulen yang didapati tidak HALAL..alahai, lemahnya rasa jiwa dan raga apabila kita memikirkan setelah sekian lamanya butter tersebut boleh menembusi pasaran Malaysia serta telah dipuji kesedapannya penggunaannya dalam pembuatan atau pembikinan kek lapis sarawak.

Macam2 rasa bergelora di jiwa terutamanya berkaitan isu makanan...sesuatu yang dimakan dan jadi darah daging kita....ADUHHHHH...siapa yang harus dipersalahkan???? pembuatan kek lapis sarawak atau ada pihak2 tertentu yang sepatutnya membuat pemantauan secara detail tetapi di manakah mereka ketika itu sehingga timbulnya isu ini....


Golden Churn....nama mentega tulen yang tersohor sekian lama dalam industri pembuatan kek lapis sarawak, tetapi hari ini disahkan tidak HALAL kerana mengandungi dna binatang yang haram bagi agama Islam.


Bagi pihak pengusaha kek lapis sarawak, ini adalah tamparan yang hebat untuk ditempis, untuk diperjelaskan kepada orang ramai. Laporan media massa juga menyebut, penjualan kek lapis merudum akibat angkara ini. Bayangkan peristiwa ini berlaku di saat sebulan lagi menjelangkan hari raya aidilfitri, di mana pengusaha2 kek lapis mesti sudah membuat persediaan awal membeli segala bahan untuk membuat kek lapis mereka....kini, hanya kerugian yang diterima kerana butter tersebut tidak boleh digunakan. apa yang perlu dibuat? dijual semula kepada pembekal? tidak mungkin bukan. malahan saya rasa pihak pembekal pun tidak bersuara untuk membayar balik kerugian yang ditangguh pengusaha ini. Inilah cabaran bg pengusaha kek lapis sarawak.....apa pun kita fikir mungkin banyak hikmahnya....sekurang2nya tidak lagi dihidangkan kek lapis yang tidak halal....



kek lapis Aina pulak....alhamdulilah kerana Aina tidak menggunakan butter ini dalam kek lapis. Memang dr dulu lagi Aina setia pada jenama ANCHOR....dan sama2 kita berharap semua butter ini pun tergolong dalam butter yang halal untuk selama2nya. Jadi pelanggan saya, jangan gusar dan jangan bimban kerana saya tidak mengunakan bahan yang tidak halal dalam kek lapis sarawak saya...


Baru 10 hari berada di bulan ramadhan, saya dah dapat tempahan walaupun tidak banyak tetapi cukuplah untuk beramal ibadat untuk teman2 serta peminat kek lapis Aina... saja tidak membuat promosi besar2an, tempahan pun hanya daripada kawan2 serta regular customer saya semasa memori AinaBakery dulu. Selebihnya officemate suami saya...Lagipun amik banyak tempahan risau tak terbuat...alhamdulilah!!!!!!



Mudah2an Allah sentiasa permudahkan segala urusan kita......aminnn











Salam Ramadhan al Mubarak....

Salam buat semua....

Senyap je Aina sejak akhir2 ni. Em busy ckit....sebenarnya banyak info and pic terbaru tetapi tak sempat nk update blog lah. Apa2 pun di kesempatan ini Aina ingin mengucapkan Salam Ramadham Al Mubarak dan Selamat menjalani ibadah puasa. Alhamdulilah, Allah masih memberi kesempatan untuk kita bertemu dengan ramadhan tahun ini dan sama2 lah kita memanjatkan kesyukuran kerana punya ruang serta waktu untuk merebut pahala 2 yang dijanjikan Allah pada bulan ramadhan ini. Mudah2an kita dapat menjalani ibadah puasa pd ramadhan kali ini dengan penuh bermkana dan sempurna..aminnn.

Friday, May 27, 2011

Butter Cupcakes

Gambar 1: Comel gitu kan...


Salam dan bertemu lagi buat kesekian kalinya...

Lama tak update blog. banyak perkembangan sebenarnya tapi tak sempat nk bernukilan. tapi kali ni saya sempatkan juga.... banyak peristiwa serta events yang berlaku sepanjang tak update blog....



Gambar 2: cu tengok gambar cup tuhhhh...spidermannnnn


Macam semalam je Aina pencen dalam bidang bakery ni tapi sejak akhir-akhir ni seakan terpanggil semula untuk berkecimpung meskipun bukanlah seaktif sewaktu ketika itu. Tapi sekurang2nya ilmu2 baking masih dalam dada macam perlu diluahkan kembali.....

Bunyinya tu macam besar bebeno projek yeaa...tak dalah....projek baking saya kali ini kebanyakannya untuk makan sendiri atas permintaan anak2 yang amat menggemari cupcakes butter terutamanya...


Gambar 3: Menyelerakan dgn taburan coklat rice....


Ada juga yang bertanya amik oder tak? dalam hati maybe girang tapi sebab lama tak amik oder utk cupcakes ni macam tak tau nak jawab apa.. Pikir punya pikir, bolehlah...akhirnya amik juga namun dalam kuantiti yang sedikit dulu. Bukan apa macam tak confident je amik oder ni..kiki (tapi rezeki jangan ditolak...alhamdulilah)


Gambar 4: oder dari Suliana (ex-students saya) utk majlis nikahnya 21 Mei 2011 lalu


Gambar 5: ini coklat cupcakes yang cute juga oder dr Suliana

saya dapat oder dr ex student saya butter dan coklat cupcakes sebanyak 100 biji tiap jenis. Alhamdulilah..boleh juga buat. Percaya cupcakes ni cute mute je saiznya....guna cup saiz 8. saya jual 40 sen each. yalah ok pikir2, kuih sekarang semuanya dalam 40 sen each kan. memanglah macam tak sampai hati nk jual dgn rega begitu...tapi harga barang mentah skrg ni jauh bezanya semasa ya berniaga berapa tahun yang sudah..


Anak2 saya pulak amat menggemari butter cupcakes. buat satu adunan tu 2 hari je dh abis, bawa bekal g sekolahlah...eloklah juga anak2 suka hasil air tangan emaknya kan, puas hati juga kita buat kan...sampai kawan2 kak long kata rajinnya mummy awak buat cupcakes.....rajin ke????? selera anak itulah main motivasi utk semua ibu buat....betul dak????

kena berhenti dulu saya ni, dalam sibuk nk up date blog panjang plak cetanya yea...banyak lagi hasil serta pengalaman yang nk share dgn u all...sampai ketemu lagi....



Friday, May 13, 2011

Red Velvet Cakes and Happy Mothers Day.....

Red Velvet cakes....simple decoration

Sempena Hari Ibu yang lepas saya berkesempatan untuk mencuba impian yang sekian lama terpendan nk makan Red Velvet Cakes....inilah hasilnya. Tidak mengecewakan dan kalo nk bagi bintang boleh ler dapat 3 bintang (ye ke?).....kiki perasan kan?... sebenarnya masih tidak percaya Aina boleh buat kek ini...


Mengeliurkan! peminat cheese tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kek ini


Mengeliurkan........dgn cream cheese di setiap lapisannya....


Bercerita bab kek ini, sebenar lama dah nk buat dok dengar orang habaq sedap....kita pun teringin jugak ler. First try yang memuaskan...lebih tu kita bawa p ofis, kawan2 kata sedap (kiki....ye ke Aina ni), tapi ramai yang berminat dgn kek ni...rupa2nya resipi ini amat simple cuma tambahan buttermilk (susu + cuka je). sebelum ni jenuh dok mikir mana nk dapat buttermilk ni...la ni terjawab sudah! Bagi yang belum try, perlu cuba.....


Inilah rupanya sebelum disaluti cream...tapi agak hangus sikit bahagian bawah..


kelakar dak?....br cuba ada yang tanya boleh tempah ke tidak? ini yg buat aku tersenyum..kekadangnya tak confident nk buat sebab lama dah pencen dalam bidang ni. slama ni buat pun untuk makan anak2. Rabu depan nak buat cupcakes sebab ada students yang oder....insyaallah buat yang terbaik...niat kena betul dan baik terutamanya dalam business sebab Allah maha mengetahuinya, insyaallah rezeki murah. Kita kena ingat business selalunya lebih baik iklankan dari mulut ke mulut. Kalo elok kita buat, org akan iklankan yang baik, kalo sebaliknya....sebaliknya lah yang berlaku. Oleh yang demikian, busines ni bukan sekadar memikirkan RM tetapi amal ibadah juga......buat yang terbaik untuk pelanggan anda!

saya sertakan resipinya kalo sapa2 yang nak try...resipi ini saya cedok dari internet.....Joyofbaking...

Resipi:

Bahan-bahan:

250 gm tepung gdm
113 gm butter
300 gm gula halus
2 biji telur
240 ml susu segar + 1 tbsp cuka (biarkan dlm 10 minit)+ 11/2 tbsp pewarna merah
2 sudu tsp serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara membuatnya:
1. Ayak bersama tepung, baking powder dan soda
2. pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. masuk esen vanila.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dengan buttermilk (campuran susu cuka tadi).
4. akhir sekali masukan tepung koko...
5. bakar.
(salut dengan cream cheese- cream cheese mgkn boleh tengok resipi cheese tart & carot walnut cupcakes saya yang lalu....saya gunakan recipe yang sama....)

Nice to see nice to try....SELAMAT MENCUBA..



Monday, May 9, 2011

Oat Bread




Setelah sekian lama pencen uli roti, sesekali teringin nak makan roti hasil tangan sendiri. kalo beberapa tahu lepas, uli roti macam mainan harian je. senar begini, saya dh boring makan roti yg ada di pasaran. kalo boleh buat roti sendiri sedap kalo dibuat sandwich....bubuh tuna, tomato, dan seumpananya sebab lagi sedap roti tu agak keras skit. kalo dapat makan dgn butter , madu ke dan jam lagi sedapppp...saya ni kan..kalo bab roti pantang nk menolak...korang tengok je lah ek..resipinya nanti saya postkan....

Try u all tengok Subway sandwich tuh...fuhhh sdapnya dgn seribu macam bahan tambahan...dgn saladnya, buah zaitonnya, tomatonya...rotinya plak macam2 jenis...harga?....emmm try dulu baru tau...