Sunday, November 7, 2010

Kek Lapis Horlick Hot Chocolate Cadbury


Ini adalah kek Lapis Sarawak yang terbaru koleksi saya tahun ini & first time buat. Alhamdulilah menjadi dan mampu memenuhi citarasa rakan2 dan customer saya. Resepinya saya gunakan resepi bro. Rozzan dan ada sedikit pengubahsuaian mengikut kebolehan saya- harap bro.Rozzan hahalkan resepi beliau......


Resepi:

13 biji telur kuning
9 biji telur putih
500 gm butter (selalunya saya gunakan jenama Anchor)
200 gm gula halus
200 gm tpg hongkong
100 gm horlick (perasa original)
100 gm hot chocolate Cadbury (Milo/vico pun boleh)
1 tin kecil sri kaya
100 gm air sejuk (terus dr peti sejuk ye)
1/2 tin susu pekat manis (boleh krg kalo x nk manis)
1 tbsp ovellete
1tsp esen vanila

cara membuatnya

1. pukul telur, gula dan ovellete sampai gebu dan bubuh air sejuk dan pukul lagi.
2. masukkan sri kaya
3. masukkan tepung hongkong
4. masukkan adunan susu dan butter yang dipukul di tempat berasingan.
5. bahagikan kepada dua adunan - horlick dan hot chocolate
6. bakar berlapis-lapis sampai habis

* harus ingat sentiasa gunakan api atas sahaja....
SELAMAT MENCUBA......

No comments: