Tuesday, August 9, 2011

Isu BUTTER dalam kek lapis

Awal bulan Ogos ni tetiba je kita digemparkan dengan berita kurang enak berkaitan dengan kandungan butter tulen yang didapati tidak HALAL..alahai, lemahnya rasa jiwa dan raga apabila kita memikirkan setelah sekian lamanya butter tersebut boleh menembusi pasaran Malaysia serta telah dipuji kesedapannya penggunaannya dalam pembuatan atau pembikinan kek lapis sarawak.

Macam2 rasa bergelora di jiwa terutamanya berkaitan isu makanan...sesuatu yang dimakan dan jadi darah daging kita....ADUHHHHH...siapa yang harus dipersalahkan???? pembuatan kek lapis sarawak atau ada pihak2 tertentu yang sepatutnya membuat pemantauan secara detail tetapi di manakah mereka ketika itu sehingga timbulnya isu ini....


Golden Churn....nama mentega tulen yang tersohor sekian lama dalam industri pembuatan kek lapis sarawak, tetapi hari ini disahkan tidak HALAL kerana mengandungi dna binatang yang haram bagi agama Islam.


Bagi pihak pengusaha kek lapis sarawak, ini adalah tamparan yang hebat untuk ditempis, untuk diperjelaskan kepada orang ramai. Laporan media massa juga menyebut, penjualan kek lapis merudum akibat angkara ini. Bayangkan peristiwa ini berlaku di saat sebulan lagi menjelangkan hari raya aidilfitri, di mana pengusaha2 kek lapis mesti sudah membuat persediaan awal membeli segala bahan untuk membuat kek lapis mereka....kini, hanya kerugian yang diterima kerana butter tersebut tidak boleh digunakan. apa yang perlu dibuat? dijual semula kepada pembekal? tidak mungkin bukan. malahan saya rasa pihak pembekal pun tidak bersuara untuk membayar balik kerugian yang ditangguh pengusaha ini. Inilah cabaran bg pengusaha kek lapis sarawak.....apa pun kita fikir mungkin banyak hikmahnya....sekurang2nya tidak lagi dihidangkan kek lapis yang tidak halal....



kek lapis Aina pulak....alhamdulilah kerana Aina tidak menggunakan butter ini dalam kek lapis. Memang dr dulu lagi Aina setia pada jenama ANCHOR....dan sama2 kita berharap semua butter ini pun tergolong dalam butter yang halal untuk selama2nya. Jadi pelanggan saya, jangan gusar dan jangan bimban kerana saya tidak mengunakan bahan yang tidak halal dalam kek lapis sarawak saya...


Baru 10 hari berada di bulan ramadhan, saya dah dapat tempahan walaupun tidak banyak tetapi cukuplah untuk beramal ibadat untuk teman2 serta peminat kek lapis Aina... saja tidak membuat promosi besar2an, tempahan pun hanya daripada kawan2 serta regular customer saya semasa memori AinaBakery dulu. Selebihnya officemate suami saya...Lagipun amik banyak tempahan risau tak terbuat...alhamdulilah!!!!!!



Mudah2an Allah sentiasa permudahkan segala urusan kita......aminnn











1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/