Friday, December 31, 2010

Happy New Year

2010 baru melabuhkan tirainya....2011 menjelma.........Selamat Tahun baru 2011 buat semua...semoga semua impian dan harapan 2010 tidak tertunda. Apa azam tahun 2011 ni plak?.....

Tuesday, December 28, 2010

Resipi Pastri Ranggup/shortcrust Pastry



Semalam saya postkan gambar cheese tart ini tanpa resipi. Terdapat resipi yang boleh anda gunakan tetapi saya amat menyukai resipi Alex Goh dan jarang mengecewakan ketika mencubanya. Pastikan anda mencuba kerana ia pasti menjadkan anda penggemar cheese tart dan tidak perlu pergi kedai mencari tart. Resipi ini boleh menghasilkan kulit tart yang agak banyak dan lebihannya anda boleh simpan macam biskut dan kalo nak makan just tuang cream cheese ke dalam kulit dan bakar dalam masa 5 minit sahaja. Cream cheese juga banyak. Anda akan menikmati rasa cream cheese yang sebenar........

Pastri Ranggup (A) Sumber: Alex Goh.
Bahan-bahan Ramuan:
250 gm tepung
150 g butter
secubit garam
60-80 g air

Pastri Ranggup (B) Sumber: Alex Goh.
(selalunya sy gunakan (B)


Bahan-bahan Ramuan:
250 gm tepung
150 g butter
2 tbsp gula halus
1 biji kuning telur
49 gm air


Cara membuat:
1. Gaul butter dan tepung sampai bebentuk crumble.
2. Tambah telur dan gula dan tuang air sikit2 dan gaul hingga boleh jadi doh.
3. Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.

Selepas itu doh buat ditekan dalam acuan tart.....
(Pastri ini sangat ranggup)

Doh Pastri (Sumber: Chef Anuar)

Bahan-bahan Ramuan:

165 gm mentega
85 gm gula kastor
1/2 tsp pes lemon
1/2 tsp esen vanila
1/2 biji telur (Gred B)
250 gm tepung

Cara membuat:
1. Putar mentega bersama gula kastor dalam mangkuk sehingga rata.
2. Masukkan pes lemon & esen vanila dan putar lagi.
3. Masukkan telur dan putar rata.
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga boleh membentuk doh.


Resipi Cheese Cream: Sumber : Alex Goh

500 gm cream cheese
125 gm butter
300 gm icing sugar
1 tbsp lemon juice
zest of 1 lemon, finely grated


Method:
Cream butter & cream Cheese till well blended. Then add in the rest of ingredients. Cream it till light & smooth.

* cream ini juga saya gunakan untuk cream cheese carot walnut kek. Rasanya memang sedap......PASTIKAN HARI ANDA MENGEMBIRAKAN BERSAMA RASA CHEESE TART YANG SEBENAR.....


SELAMAT MENCUBA

Telur




Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula . Ia juga membantu mencairkan gula . Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek (Sumber:Noraini)

Telur amat memainkan peranan yang penting dalam kek lapis. Oleh itu amat penting untuk memilih telur yang bersaiz besar dan juga segar agar kek lapis kita gebu dan pastinya tidak bantat. Jadi bagaimana rupa telur yang segar? Selalunya telur yang baru dan segar, kuning telurnya dalam keadaan cantik dan tidak pecah.

CHEESE TART

Kali ini kita nak share tentang cheese tart.....mungkin ramai penggemar cheese tart tapi tak pandai buat. sebenarnya nak buat cheese tart ni senang je dan menjimatkan. Tart atau pie saya banyak menggunakan resipi Alex Goh dan lazimnya selalu menjadi dan tidak mengecewakan. Saya juga banyak menyimpan koleksi buku resipi beliau. Untuk resipi ini mungkin anda boleh rujuk buku khusus tentang tart beliau. pelbagai jenis tart di dalamnya dan siap dengan resipi cheese creamnya. Anak2 saya amat menggemari cheese cream ini........ insyaallah nanti saya postkan resipinya kerana buat masa ini buku saya merajuk ntah di mana....

Friday, December 24, 2010

Kek Lapis Batik Sutera


Semalam berkesempatan untuk membuat kek lapis Batik Sutera atas order seorang kawan (jiran saya- Kak Izan). katanya untuk makan family sempena perkahwinan anaknya 25/12/2010....

Ini antara yang top 10 dalam koleksi saya dan kegemaran ramai kawan2. kek lapis yang cukup simple dan sedap.

Untuk kawan2 yang ingin nak buat kek ini, saya postkan resipinya..


Kek lapis Batik Sutera:

Bahan-bahan:

10 biji telur (gred A)- kalo size M mgkn boleh guna 12 biji
500 gm butter
200 gm gula halus
250 gm tepung hongkong
100 gm horlick
210 gm srikaya
300 gm susu pekat manis
1 tbsp ovallete
1 tsp esen vanila
sedikit air sejuk
pewarna hijau epal & merah terang

cara membuat:
1.Pukul telur, gula dan ovellete sampai kembang dan putih (guna high speed). masukkan esen vanila.
2. Masukkan sri kaya, horlick dan tepung hongkong.
3. butter dan susu pekat digaul rata di tempat berasingan dan kemudian masukkan dalam adunan tepung tadi. gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3
i) 4 senduk utk warna hijau
ii) 4 senduk untuk pewarna merah terang
iii) selebihnya untuk bahagian atas dan bawah (warna plain)
5. bakar warna plain selapis2 sekurang2nya 4 @5 lapis.
6. adunan hijau dan merah dimasukkan dalam botol sos dan picit berselang-seli atas adunan plain tadi hingga abis.
7. selesai adunan berwarna tadi, lapiskan baki warna plain tadi selapis2 sampai habis.
*pastikan anda membakar kek dengan api atas sahaja....


SELAMAT MENCUBA.....

2010 menghampiri penamatnya......

Assalamualaikum.........

Tinggal beberapa hari lagi 2010 melabuhkan tirainya...2011 pula menghampiri dengan seribu satu harapan. Anda? bagaimana?...apakah 2010 memberikan impian anda tercapai? dan jika tidak, kenapa?......dan semoga kemunculan 2011 ini memberikan satu sinar baru untuk kita semua..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan angaplah semalam itu sekadar nostalgia. Esok pula harapan......

Thursday, December 16, 2010

KOLEKSI HANTARAN KEK LAPIS SARAWAK

HANTARAN 1
(customer ini ingin permukaan atas kek ditutupi dengan fondant icing, so cajnya lain sikit.


HANTARAN 2
(customer ini nak simple macam ni sahaja -bunga & kotak. Harga RM 100.00


HANTARAN 3 (kotak ini sudah dihias sendiri oleh customer, saya cuma sediakan bunga dan tulisan sahaja -harga RM 90 bg kek batik sutera)



HANTARAN 4



Ini merupakan antara koleksi hantaran kek lapis sarawak yang customer saya order. lazimnya saya rekemenkan kek lapis. Bukan sahaja cantik dipandang mata malah sedap dimakan.....Dari sudut harga juga tidak begitu membebankan iaitu antara RM 80-RM 120.

Bagi mereka yang ingin murah sikit, saya syorkan agar mereka menempah kek sahaja. Mana kala kotak dan bunga, mereka mungkin ada idea yang tersendiri tentang itu. Tetapi bagi customer yang kekadang tidak sempat, ada juga yang mohon saya carikan bunga dan kotak terus. Untuk ini customer cuma perlu tambah RM 20 sahaja untuk harga bunga & kotak (kotak tidak dihias reben)....mudahkan dan cantik. kek ini juga sangat sesuai dibawa dalam perjalanan yang jauh.

PERTUNANGAN - YUSHAZIMI & HASLIZA (18/11/2010)

Ibu mertuaku menyarungkan cincin untuk bakal menantu



Bapa saudara sebelah perempuan menyarung cincin



Ini rombongan pihak lelaki.....



Ini plak.......aku dan anak2ku bersiap untuk menyertai rombongan, tapi sempat amik gambaq..

Kek Lapis Coklat





Resipi ini adalah ciptaan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini. Dari sudut rupa mungkin gagal, tapi soal rasa lidak tidak boleh bohong (iklan TV). Antara rahsia nya ialah hot coklat cadbury 3 in 1 dan Quaker Coklat........memang sedap. Harga RM 100.00. Anak-anak saya sangat menggemari kek ini.....

LAWATAN KE BERITA HARIAN


sekadar mengimbas kembali kenangan bersama bekas pelajar saya sewaktu kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Berita Harian. Kini pelajar2 ku ini ada yang masih menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dan ada yang sudah bekerja... sesungguhnya happy serang guru adalah melihat anak didiknya berjaya......doa saya semoga semua pelajar2 saya sukses dunia dan akhirat.....

Kek lapis Tembikai untuk Hantaran Adik Ipar_Yushazimi


ini kek lapis tembikai untuk hantaran pertunangan adik ipar saya Imi pada 18/11/2010 yang lalu.

kek pisang



kek pisang yang sedap. boleh dibuat untuk cup cake atau menggunakan loyang. tapi selalunya saya suka buat cup cake mudah anak2 bawa kalo time sekolah. resipi ni saya ambik dari blog Myresipi dan memang tidak mengecewakan hasilnya. minta tuan resipinya halalkan.....


resipinya:

250 gm butter
220 gm gula
5 biji telur
5 biji pisang berangan (jika kecil mgkn boleh tambah-lenyek)
350 gm tepung kek
1 tsp esen vanila
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
11/2 tsp esen pisang
segenggam coklat rice


cara membuat:
1. Pukul gula dan butter sampai kembang. masukkan telur satu persatu. bubuh esen vanila.
2. masukkan pisang yang telah dilenyek tadi-pukul sebati.
3. masukkan tepung+soda+baking powder. dan masukkan coklat rice.
4. akhir sekali masukkan esen pisang.
5. boleh lah dibubuhkan dalam cup....bakar.

# SeLaMat MeNcuBa........