Persekolahan 2011 baru bermula......ini bermakna anak2 memulakan persekolahan mereka dengan semangat baru. Kak Long masuk Standard 6 dan Angah plak standard 4. Kali ini lebih senang sebab Kakak dan Angah sama2 sekolah pagi dan ia amat memudahkan urusan aku dan ayahnya untuk menghantar mereka waktu pagi. Kalo dulu suamiku bole menghantar naik motor memandang jarak sekolah dgn rumahku yang amat dekat iaitu mgkin dak sampai 5 minit kalo kenderaan . Malah lebih mudah jika dapat kuar awal kerana tidak banyak kenderaan. tapi kini situasinya dah berbeza....terpaksaler naik kereta sebab kena hantar dua org, motor pastinya kurang sesuai atas faktor keselamatan dan keselesaan anak2.
Tahun 2011 ini bermula ler esipod kak Long akan menduduki UPSR, suatu yang amat merunsingkan saya..... berdasarkan pemerhatian saya, sikap kak Long masih suka bermain2. Pastinya aku perlu melakukan sesuatu yang lebih esktrem kali ini demi masa depan dia...
Itu bab attitude anak2....macam2. Ramai anak banyak ler perangainya. Apa2 kita sebagai ibu bapa kena buat sesuatu dan pelbagai kaedah yang terpaksa digunakan untuk menangani setiap perangai anak2. Harap anak2 dapat memahami setiap tindak tanduk kita dengan mereka....dan saya selalu berkata dengan mereka, kalo mummy marah dan menegur maknanya mereka silap. Dan adalah menjadi kesilapan mummy jika hanya melihat tanpa menegur kesilapan mereka. satu lagi yang selalu saya katakan pada mereka ialah....ibu bapa menegur anak sebab dua perkara...sama ada mereka buat sesuatu yang baik atau melakukan kesilapan.......
Along, Angah, Danish dan adik Zakwan.....jadilah anak yang baik dunia dan akhirat....dan pastikan jangan tinggal solat....jadilah anak2 yang soleh dan solehah...AMIN
No comments:
Post a Comment