Kini pihak media massa pun turut mengkhabarkan bahawa bekalan minyak masak pun turut menghilang seperti mana yang berlaku baru ini. kekurangan bekalan yang diwar-warkan ini seakan memberitahu kita semua itu adalah petanda2 yang cukup kuat menyokong teori kenaikan harga minyak masak lepas ini...

On the way p kerja saya sempat singgah di gerai nasi kerabu.....keluhan kedengaran betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan minyak masak. Mereka turut menyusuli bekalan di beberapa shopping mall dengan harapan bekalan ada. Malangnya harapan itu disambut dengan kehampaan apabila semua jenama minyak masak kehabisan...... bagi peniaga, kekurangan bekalan ini amat menyukarkan mereka untuk meneruskan perniagaan makanan terutamanya.
Dalam keadaan sekarang semua orang mungkin panik (seperti mana diistilahkan oleh pihak media)...mungkin betul. Ini kerana produk ini adalah keperluan harian, dan kenaikan harga sememangnya memberikan impak yang kuat terhadap belanjan isi rumah. Jika sekarang harga minyak masak 5 kg ialah sekitar RM 13.90. Tetapi tidak mustahil ia bakal naik sekitar RM 15 ke atas.

Akhirnya saya berkata, kenaikan gaji yang dinikmati kita semua sama ada mereka dari sektor awam atau swasta sekadar membuatkan slip gaji kita nampak cantik tetapi nak simpan pun mungkin tidak dapat nak merasa. Malahan kenaikan gaji itu juga masih gagal untuk menampung kos hidup kita yang semakin tinggi........Renung2kanlah..................dan apakah penyelesaiannya? sesungguhnya penyelesaian ini tidak mampu didokong oleh solusi dalam kertas kerana ia amat memerlukan orang yang terlibat sekarang langsung dalam membela rakyat turun padang.......sayangnya mereka tidak dapat merasakan setiap keperitan yang kita lalui...
No comments:
Post a Comment