Monday, January 10, 2011

FUNGSI TEPUNG (Sumber: Yatie’s Cooking)



Ada pelbagai jenis tepung yang boleh diperolehi di pasaran. Ia merupakan bahan penting untuk pastry dan kek. Dalam masa yang sama juga ia bukan sekadar faktor untuk pastry atau kek kita jadi malah mungkin mempengaruhi dari sudut rasa (ada perbezaannya)

TEPUNG SERBA GUNA
Sesuai untuk sebarang jenis masakan. Pakai tepung gandum aje sebab senang nak beli kat kedai ... hehehehe

TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Sesuai utk buat roti sebab tepung nie ada daya anjalan yg tinggi.

TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Sesuai utk buat kuih pau & seumpamanya.

TEPUNG GANDUM
Sama fungsi dengan tepung serba guna. Lagi senang nak dpt kat kedai-kedai kecil.

TEPUNG KRIMER
Krimer nie adalah susu yg dibubuh kat dlm minuman Nescafe/Milo.

TEPUNG NAIK SENDIRI
Mempunyai kandungan serbuk penaik. Jika tiada, anda boleh menggantikannya dengan ayak 250gm tepung gandum dgn 1 sudu mkn (rata) serba penaik (baking powder).

TEPUNG ROS
Mengandungi bahan tepung jagung yg boleh merangupkan biskut.

TEPUNG HONG KONG
Dikenali juga sebagai Water Lily Flour. Sejenis tepung yg sangat putih selalunya digunakan utk buat pau. Tepung ini mudah rosak - berkutu/berulat. Tepung ini amat sesuai untuk membuat kek lapis kerana ia mempunyai struktur yang halus.

TEPUNG PULUT
Berwarna putih. Nama org putihnya 'Glutinous rice flour' & diimport dari negara jiran, Thailand. Selalunya kita confuse dengan tepung beras sebab pembungkusan plastiknya yg hampir sama. Tepung mengandungi 100% beras merah asli. Kaya dgn vitamin E & B serta mudah dicerna sesuai utk pengidap penyakit kencing manis & ibu mengandung.

TEPUNG OPTIMA
Sejenis tepung yg mengandungi gula & sesuai utk buat kek keju. Boleh digantikan dgn penggunaan tepung serba guna, tepung kastad atau tepung jagung bergantung kepada kesesuaian resipi.

TEPUNG WHOLEMEAL
Tepung gandum tulin yg mengandungi serat gandum tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak & jika digunakan, akan menghasilkan roti atau muffin yg berat.

TEPUNG HOEN KWEE
Digunakan utk membuat kuih-muih.

TEPUNG KASTAD
Tepung ini berfungsi sebagai mewangikan masakan anda selain dr berfungsi membuatkan tekstur kek anda lebih rapat. Boleh digantikan dgn tepung gandum, jika suka.

TEPUNG BISKUT MARIE
Biskut marie yg dikisar halus.

TEPUNG UBI
Dikenali juga sebai tepung kanji atau tepung ubi kayu berfungsi utk meliatkan adunan. Setengah tempat menggantikan penggunaannya dengan tepung sagu.


No comments: