Friday, May 13, 2011

Red Velvet Cakes and Happy Mothers Day.....

Red Velvet cakes....simple decoration

Sempena Hari Ibu yang lepas saya berkesempatan untuk mencuba impian yang sekian lama terpendan nk makan Red Velvet Cakes....inilah hasilnya. Tidak mengecewakan dan kalo nk bagi bintang boleh ler dapat 3 bintang (ye ke?).....kiki perasan kan?... sebenarnya masih tidak percaya Aina boleh buat kek ini...


Mengeliurkan! peminat cheese tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati kek ini


Mengeliurkan........dgn cream cheese di setiap lapisannya....


Bercerita bab kek ini, sebenar lama dah nk buat dok dengar orang habaq sedap....kita pun teringin jugak ler. First try yang memuaskan...lebih tu kita bawa p ofis, kawan2 kata sedap (kiki....ye ke Aina ni), tapi ramai yang berminat dgn kek ni...rupa2nya resipi ini amat simple cuma tambahan buttermilk (susu + cuka je). sebelum ni jenuh dok mikir mana nk dapat buttermilk ni...la ni terjawab sudah! Bagi yang belum try, perlu cuba.....


Inilah rupanya sebelum disaluti cream...tapi agak hangus sikit bahagian bawah..


kelakar dak?....br cuba ada yang tanya boleh tempah ke tidak? ini yg buat aku tersenyum..kekadangnya tak confident nk buat sebab lama dah pencen dalam bidang ni. slama ni buat pun untuk makan anak2. Rabu depan nak buat cupcakes sebab ada students yang oder....insyaallah buat yang terbaik...niat kena betul dan baik terutamanya dalam business sebab Allah maha mengetahuinya, insyaallah rezeki murah. Kita kena ingat business selalunya lebih baik iklankan dari mulut ke mulut. Kalo elok kita buat, org akan iklankan yang baik, kalo sebaliknya....sebaliknya lah yang berlaku. Oleh yang demikian, busines ni bukan sekadar memikirkan RM tetapi amal ibadah juga......buat yang terbaik untuk pelanggan anda!

saya sertakan resipinya kalo sapa2 yang nak try...resipi ini saya cedok dari internet.....Joyofbaking...

Resipi:

Bahan-bahan:

250 gm tepung gdm
113 gm butter
300 gm gula halus
2 biji telur
240 ml susu segar + 1 tbsp cuka (biarkan dlm 10 minit)+ 11/2 tbsp pewarna merah
2 sudu tsp serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara membuatnya:
1. Ayak bersama tepung, baking powder dan soda
2. pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. masuk esen vanila.
3. Masukkan bahan kering berselang seli dengan buttermilk (campuran susu cuka tadi).
4. akhir sekali masukan tepung koko...
5. bakar.
(salut dengan cream cheese- cream cheese mgkn boleh tengok resipi cheese tart & carot walnut cupcakes saya yang lalu....saya gunakan recipe yang sama....)

Nice to see nice to try....SELAMAT MENCUBA..



No comments: