Wednesday, January 26, 2011
Kek Lapis Aiskrim Mocha
Ujung minggu yang lepas berkesempatan untuk mencuba satu lagi resipi kek lapis saya. Ini lah hasilnya. Cuma rasanya agak manis dan kalo nk buat lagi mesti kurangkan gula kerana kek ini juga turut menggunakan bahan2 yang mmg manis. Apa2 pun good try kali pertama try resipi ni jadi elok.
Sunday, January 23, 2011
KUIS Communication Nite-Arabic Nite
Pensyarah jabatan- Tini, Aina, Iza, Azira dan Farah...voguenya
Semalam, 22/1/2011 berlangsung Majlis makan Malam anjuran Jabatan Komunikasi, KUIS. Malam yang penuh gemilang mengumpulkan semua pelajar Komunikasi seramai hampir 180 org yang hadir.
Ini saya dan Pn Azira dgn bekas pelajar........ Thanks 4 coming..
tengok......wanita Arab mai dah......
Ini saya, Azira & pelajarku: Hani & Azmi....
Pau Daging
Dah lama nk makan pau daging ni tapi baru semalam sempat buat....tepung ni 1 kg. saya buat 1/2 kg je, dapat menghasilkan 15 biji dgn berat 60 gm. Puas hati ler dapat makan inti buatan sendiri...tidak rugi untuk menggunakan tepung segera ni sebab semua bahan2 yang diperlukan ada, tinggal nk uli dengan air suam je..saya guna tangan tuk uli, dan tidak serumit buat roti. Pau yang lembut dan gebu walaupun dh sejuk....
satu doh berat 60 gm
ha.....tunggu kembang siap untuk dikukus..
Inilah hasilnya....gebu dan lembut
Amacam......emmmm menyelerakan..dengan telur rebus. Payah nak dapatkan di mana2 kedai. Pasal inti kita boleh bubuh banyak mana kita nak.....dan amat sesuai untuk minum petang...
Friday, January 21, 2011
Cupcakes oh cupcakes.....
Thursday, January 20, 2011
Kek Lapis Cheese Blueberi
Kek ini didedikasikan untuk penggemar Cheese Cake…
KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE (Sumber: Bro. Rozzan)
Bahan-Bahan
450 gm mentega
250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)
1 sudu makan ovalette
170 gm gula halus
10 biji telur
1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis
300 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlick
250 gm blueberry pie filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu
Cara :
1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.
7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.
8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.
KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE (Ini versi Aina)
Bahan-bahan:
500 gm butter
200 gm susu pekat manis
10 biji telur (gred A)
250 gm tepung hongkong
200 gm gula halus
100 gm horlick (original)
1 tin kecil sri kaya
250 gm cream cheese
250 gm blueberi pie filling
1 tbsp ovallete
1 tsp esen vanilla
1 tsp esen blueberi
Sedikit air sejuk
Pewarna ungu
Cara membuat:
1.
Cara Membuat:
1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang dan gebu dan masukkan air sejuk san esen vanilla.
2. Masukkan sri kaya, horlick dan tepung .
3. Masukkan adunan butter dan susu pekat (yang telah digaul rata ditempat berasingan)
4. Bahagikan adunan kepada dua
I) Bubuh blueberi pie filling dan pewarna ungu & blueberi esen
II) Dicampur cream cheese yang telah dipukul rata (Plain kaler)
5. Gunakan Loyang 9x9 .Bakar selang.
SELAMAT MENCUBA…