Thursday, January 20, 2011

Kek Lapis Cheese Blueberi



Kek ini didedikasikan untuk penggemar Cheese Cake…

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE (Sumber: Bro. Rozzan)

Bahan-Bahan

450 gm mentega

250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)

1 sudu makan ovalette

170 gm gula halus

10 biji telur

1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis

300 gm tepung Hong Kong

100 gm Horlick

250 gm blueberry pie filling

1 sudu teh esen blueberry (optional)

sedikit pewarna ungu

Cara :

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan blueberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Buat begini sehingga habis semua adunan.

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE (Ini versi Aina)

Bahan-bahan:

500 gm butter

200 gm susu pekat manis

10 biji telur (gred A)

250 gm tepung hongkong

200 gm gula halus

100 gm horlick (original)

1 tin kecil sri kaya

250 gm cream cheese

250 gm blueberi pie filling

1 tbsp ovallete

1 tsp esen vanilla

1 tsp esen blueberi

Sedikit air sejuk

Pewarna ungu


Cara membuat:

1.

Cara Membuat:

1. Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang dan gebu dan masukkan air sejuk san esen vanilla.

2. Masukkan sri kaya, horlick dan tepung .

3. Masukkan adunan butter dan susu pekat (yang telah digaul rata ditempat berasingan)

4. Bahagikan adunan kepada dua

I) Bubuh blueberi pie filling dan pewarna ungu & blueberi esen

II) Dicampur cream cheese yang telah dipukul rata (Plain kaler)

5. Gunakan Loyang 9x9 .Bakar selang.

SELAMAT MENCUBA…



1 comment:

suSuEmIMiE said...

rase cam gatal2 tgn nk buat kek lapis nih..hihihii