Wednesday, January 5, 2011
Wajah-wajah yang Kusayang......
Bekalan minyak masak kehabisan...............?
Kedatangan tahun baru 2011 seakan memberikan mood yang suram buat kita semua lantaran dengan kesibukan ibubapa menyediakan peralatan persekolahan anak2, sekali lagi kita menerima tamparan yang hebat dengan kenaikan harga petrol 10 sen.....tanyalah sapa2 pun, pasti dalam minda mereka lepas ni pasti semua barang2 akan naik harga....cubalah tinjauan harga barang di sekitar kira, apa yang pasti harga barang tidak akan naik 10 sen....malah ada kenaikan yang mencecah sekitar RM 5 - RM10. Cukup merunsing dan mengusarkan semua pihak. Lepas ni belanja anak sekolah kena ditambah. Tahun lepas belanja sekolah anak2 saya RM 3 seorang...tahun ni plak?....tak terlarat nk memikirkannya....
Kini pihak media massa pun turut mengkhabarkan bahawa bekalan minyak masak pun turut menghilang seperti mana yang berlaku baru ini. kekurangan bekalan yang diwar-warkan ini seakan memberitahu kita semua itu adalah petanda2 yang cukup kuat menyokong teori kenaikan harga minyak masak lepas ini...

On the way p kerja saya sempat singgah di gerai nasi kerabu.....keluhan kedengaran betapa sukarnya untuk mendapatkan bekalan minyak masak. Mereka turut menyusuli bekalan di beberapa shopping mall dengan harapan bekalan ada. Malangnya harapan itu disambut dengan kehampaan apabila semua jenama minyak masak kehabisan...... bagi peniaga, kekurangan bekalan ini amat menyukarkan mereka untuk meneruskan perniagaan makanan terutamanya.
Dalam keadaan sekarang semua orang mungkin panik (seperti mana diistilahkan oleh pihak media)...mungkin betul. Ini kerana produk ini adalah keperluan harian, dan kenaikan harga sememangnya memberikan impak yang kuat terhadap belanjan isi rumah. Jika sekarang harga minyak masak 5 kg ialah sekitar RM 13.90. Tetapi tidak mustahil ia bakal naik sekitar RM 15 ke atas.

Akhirnya saya berkata, kenaikan gaji yang dinikmati kita semua sama ada mereka dari sektor awam atau swasta sekadar membuatkan slip gaji kita nampak cantik tetapi nak simpan pun mungkin tidak dapat nak merasa. Malahan kenaikan gaji itu juga masih gagal untuk menampung kos hidup kita yang semakin tinggi........Renung2kanlah..................dan apakah penyelesaiannya? sesungguhnya penyelesaian ini tidak mampu didokong oleh solusi dalam kertas kerana ia amat memerlukan orang yang terlibat sekarang langsung dalam membela rakyat turun padang.......sayangnya mereka tidak dapat merasakan setiap keperitan yang kita lalui...

Tuesday, January 4, 2011
Back To Scholl......
Persekolahan 2011 baru bermula......ini bermakna anak2 memulakan persekolahan mereka dengan semangat baru. Kak Long masuk Standard 6 dan Angah plak standard 4. Kali ini lebih senang sebab Kakak dan Angah sama2 sekolah pagi dan ia amat memudahkan urusan aku dan ayahnya untuk menghantar mereka waktu pagi. Kalo dulu suamiku bole menghantar naik motor memandang jarak sekolah dgn rumahku yang amat dekat iaitu mgkin dak sampai 5 minit kalo kenderaan . Malah lebih mudah jika dapat kuar awal kerana tidak banyak kenderaan. tapi kini situasinya dah berbeza....terpaksaler naik kereta sebab kena hantar dua org, motor pastinya kurang sesuai atas faktor keselamatan dan keselesaan anak2.
Tahun 2011 ini bermula ler esipod kak Long akan menduduki UPSR, suatu yang amat merunsingkan saya..... berdasarkan pemerhatian saya, sikap kak Long masih suka bermain2. Pastinya aku perlu melakukan sesuatu yang lebih esktrem kali ini demi masa depan dia...
Itu bab attitude anak2....macam2. Ramai anak banyak ler perangainya. Apa2 kita sebagai ibu bapa kena buat sesuatu dan pelbagai kaedah yang terpaksa digunakan untuk menangani setiap perangai anak2. Harap anak2 dapat memahami setiap tindak tanduk kita dengan mereka....dan saya selalu berkata dengan mereka, kalo mummy marah dan menegur maknanya mereka silap. Dan adalah menjadi kesilapan mummy jika hanya melihat tanpa menegur kesilapan mereka. satu lagi yang selalu saya katakan pada mereka ialah....ibu bapa menegur anak sebab dua perkara...sama ada mereka buat sesuatu yang baik atau melakukan kesilapan.......
Along, Angah, Danish dan adik Zakwan.....jadilah anak yang baik dunia dan akhirat....dan pastikan jangan tinggal solat....jadilah anak2 yang soleh dan solehah...AMIN

Friday, December 31, 2010
Happy New Year
2010 baru melabuhkan tirainya....2011 menjelma.........Selamat Tahun baru 2011 buat semua...semoga semua impian dan harapan 2010 tidak tertunda. Apa azam tahun 2011 ni plak?.....
Tuesday, December 28, 2010
Resipi Pastri Ranggup/shortcrust Pastry

Semalam saya postkan gambar cheese tart ini tanpa resipi. Terdapat resipi yang boleh anda gunakan tetapi saya amat menyukai resipi Alex Goh dan jarang mengecewakan ketika mencubanya. Pastikan anda mencuba kerana ia pasti menjadkan anda penggemar cheese tart dan tidak perlu pergi kedai mencari tart. Resipi ini boleh menghasilkan kulit tart yang agak banyak dan lebihannya anda boleh simpan macam biskut dan kalo nak makan just tuang cream cheese ke dalam kulit dan bakar dalam masa 5 minit sahaja. Cream cheese juga banyak. Anda akan menikmati rasa cream cheese yang sebenar........
Pastri Ranggup (A) Sumber: Alex Goh.
Bahan-bahan Ramuan:
250 gm tepung
150 g butter
secubit garam
60-80 g air
Pastri Ranggup (B) Sumber: Alex Goh.
(selalunya sy gunakan (B)
Bahan-bahan Ramuan:
250 gm tepung
150 g butter
2 tbsp gula halus
1 biji kuning telur
49 gm air
Cara membuat:
1. Gaul butter dan tepung sampai bebentuk crumble.
2. Tambah telur dan gula dan tuang air sikit2 dan gaul hingga boleh jadi doh.
3. Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
Selepas itu doh buat ditekan dalam acuan tart.....
(Pastri ini sangat ranggup)
Doh Pastri (Sumber: Chef Anuar)
Bahan-bahan Ramuan:
165 gm mentega
85 gm gula kastor
1/2 tsp pes lemon
1/2 tsp esen vanila
1/2 biji telur (Gred B)
250 gm tepung
Cara membuat:
1. Putar mentega bersama gula kastor dalam mangkuk sehingga rata.
2. Masukkan pes lemon & esen vanila dan putar lagi.
3. Masukkan telur dan putar rata.
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga boleh membentuk doh.
Resipi Cheese Cream: Sumber : Alex Goh
500 gm cream cheese
125 gm butter
300 gm icing sugar
1 tbsp lemon juice
zest of 1 lemon, finely grated
Method:
Cream butter & cream Cheese till well blended. Then add in the rest of ingredients. Cream it till light & smooth.
* cream ini juga saya gunakan untuk cream cheese carot walnut kek. Rasanya memang sedap......PASTIKAN HARI ANDA MENGEMBIRAKAN BERSAMA RASA CHEESE TART YANG SEBENAR.....
SELAMAT MENCUBA
Telur

Telur berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu menyebatikan mentega dan gula . Ia juga membantu mencairkan gula . Dalam kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek (Sumber:Noraini)
Telur amat memainkan peranan yang penting dalam kek lapis. Oleh itu amat penting untuk memilih telur yang bersaiz besar dan juga segar agar kek lapis kita gebu dan pastinya tidak bantat. Jadi bagaimana rupa telur yang segar? Selalunya telur yang baru dan segar, kuning telurnya dalam keadaan cantik dan tidak pecah.CHEESE TART
Kali ini kita nak share tentang cheese tart.....mungkin ramai penggemar cheese tart tapi tak pandai buat. sebenarnya nak buat cheese tart ni senang je dan menjimatkan. Tart atau pie saya banyak menggunakan resipi Alex Goh dan lazimnya selalu menjadi dan tidak mengecewakan. Saya juga banyak menyimpan koleksi buku resipi beliau. Untuk resipi ini mungkin anda boleh rujuk buku khusus tentang tart beliau. pelbagai jenis tart di dalamnya dan siap dengan resipi cheese creamnya. Anak2 saya amat menggemari cheese cream ini........ insyaallah nanti saya postkan resipinya kerana buat masa ini buku saya merajuk ntah di mana....
Subscribe to:
Posts (Atom)