Monday, October 19, 2009

Terima kasih....

salam semua,

bulan syawal sampai ke penghujung......tapi silatulrahim tiada penghujung. amalan kunjung mengunjung harus dijadikan amalan sepanjang masa.

di kesempatan ini Aina ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penempah kek lapis kami sama ada untuk Hari Raya Aidilfitri yang lalu mau pun selepas raya. Nama2 tidak dapat saya sebutkan di sini. Thank you very much......

Monday, October 5, 2009

Salam Aidilfitri buat semua

Salam semua,

Sorila kekawan menyepi seketika ketika aidilfitri menjelma. belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.


AURA OPEN HOUSE....

Jemputan open house datang mencurah-curah. Hinggakan tidak mampu memenuhi semuhajemputan itu. weekend selepas balik raya ni dipenuhi dengan mengunjungi rumah terbuka rakan taulan dan sahabat handai yang tidak berkesempatan beraya bersama awal syawal yang lalu. kawan nak datang beraya kat rumah kita pun payah ye la sibuk memenuhi jemputan lain. Kedai makan pun agak sepi kerana semua orang masih sibuk mengunjungi rumah terbuka. Jalan raya.....lazimnya ujung minggu pasti sesak. Try lah keluar ujung minggu arah ke KL, Shah Alam ke bole tahan la juga.

bagi yang jaga badan, beringat la bila p open house yea... maklumlah macam2 ada.


Begitulah indahnya Malaysiaku tercinta nan permai. Budaya kunjung mengunjungi masyarakat bandar yang masih lagi diamalkan dan tidak dilupakan. Pengerat silatulrahim.

Namun dalam masa sama kita jangan lupa kepada saudara2 kita yang susah, yang kehilangan orang yang tersayang serta kejadian tragedi gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia, taufan Ketsana di Filipina serta tsunami di Kepulauan Samoa. Semuanya kehendak Allah S.W.T. Panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT negara kita terhindar dari bencana dan musibah. Kita hanya mampu merancang Tuhan penentu segalanya.

kelangsungan hidup balik raya perlu diteruskan. Apa yang perlu langsaikan, langsaikan. Bil2, yuran anak, ansuran rumah, kereta??? Lu fikirla sendiri.

Anak2 banyak dapat duit raya? didiklah generasi cilik dengan budaya suka menabung. kadang2 anak2 kita dapat ratusan RM juga la seorang2. apa lagi SIMPANLA...

bagi yang berniaga pasti senyum memanjang keuntungan ada di tangan setelah penat dan berhempas pulas menyiapkan tempahan di bulan ramadan lalu. keuntungan jadi pertaruhan. Insyaallah dipanjangkan umur rezeki bertambah di ramadan akan datang. tapi perlu ingat, keikhlasan dalam berniaga juga memberi pahala kepada kita.....

Wassalammmmmm........

Tuesday, September 1, 2009

Ramadan kembali lagi.......

Salam semua....

Ramadan kembali lagi dengan penuh makna.....ingat lirik lagu ni? mungkin belum terlambat untuk aina mengucapkan Selamat berpuasa dan menyambut ramadan al mubarak. semoga tahun kita amalan kita semakin baik dari tahun2 yang lepas dan rezeki kita juga sentiasa dipermurahkan.

Tahun ni Angah mula berpuasa, alhamduliliah walaupun selalu bertanyakan jam tapi angah boleh habiskan puasanya dan sabar nak menunggu waktu berbuka. kak long pun alhamdulilah mampu bertahan mungkin dah 4 tahun berpuasa. Danish pula, kalau tanya posa, posa tapi minum air....posa nasi je. itulah anak-anak kita.

Ramadan kali ini kita dihujani masalah ketiadaan gula. Hari sabtu lepas terserempak dengan kawan, yang mencari gula satu BBB, akhirnya pergi Mydin baru dapat. Sengsara juga kita kalau gula tak ada sebab banyak kegunaannya. Mungkin itu petanda2 lapuk nak naik HARGA. sama macam kes minyak masak suatu ketika dahulu, AKHIRNYA... naik harga banyak pula.

Seminggu kita menyambut posa, kita dikejutkan dengan kenaikan PETROL pula. Baru je lega dengan penurunan yang lepas, kini naik semula. RM 0.25, mungkin bukan jumlah yang besar tapi cukup memberi kesan terhadap perbelanjaan isi rumah. Dengan rasminya, lepas ni kita akan menyaksikan kenaikan barang keperluan seharian. Sebab apa naik, petrol naik! Oleh yang demikian, rancanglah kewangan anda. Mungkin jawapannya kita berjimatlah. tapi ini mungkin memberi kepada peniaga pula. Kawan saya yang berniaga di pasar ramadan pun mengeluh bahawa tahun ini gaya membeli orang ramai tidak macam tahun lepas mungkin masing-masing nak berjimat.

Bagi kawan-kawan yang berniaga bermusim mungkin anda tidak terlepas untuk menyaksikan rancangan BIJAK WANG di TV3 sabtu lepas. mungkin anda sudah ada perancangan yang tersendiri bagaimana menguruskan keuntungan bisness di bulan ramadan ini, insyaallah. Bezakan antara KEPERLUAN dan KEMAHUAN...jawapannya ada pada anda sendiri.

Wassalam........

Sunday, July 26, 2009

Tempahan kek lapis

Salam semua,

kek lapis sarawak untuk hari raya puasa??????

Tempahan kek lapis sarawak dibuka sekarang dengan harga yang berpatutan.....pasti anda TIDAK PERCAYA.....

Sunday, July 12, 2009

mufin coklat.....

Sumber: Nor Aini Zakaria (Alaf21)

Bahan A
310 gm tepung kek
2 tsp baking powder
1 tsp serbuk koko
1/2 tsp soda bikarbonate

200 gm cooking chocolate
150 gm mentega (dipotong dadu)
140 gm gula perang
120 ml susu segar
3 biji telur


Cara membuat:

1. Satukan cooking coklat dan mentega dalam satu periuk kecil (Double boiler).
2. Masukkan gula perang dan gaul hingga larut. Angkat dan sejukkan.
3. Pukul telur hingga berbuih.
4. Masukkan bahan (A) dalam mangkuk adunan dan tuangkan coklat masakan serta diikuti susu segar da telur. Gaul rata. (Do not overmixing-takut mufin keras)
5. Masukkan dalam mangkuk mufin dan bakar 25 minit.


Sekali mencuba jika tidak jadi itu adalah perkara biasa dalam proses pembelajaran, namun jika sabar dan rajin mencuba anda tidak akan kerugian....tetapi adalah rugi jika putus asa....

SELAMAT MENCUBA.....

Mufin oh mufin........

Bahan-bahan
310 gm tepung kek

Thursday, July 9, 2009

SABAR SEPARUH DARI IMAN.....SEKADAR RENUNGAN

Assalamualaikum semua kawan2 yang dirahmati Allah……..

Sekadar satu perkongsian ilmu dengan rakan2 di luar sana. renungan ini saya petik dari buku Iman Al Ghazali (2008) Penenang Jiwa : Pengubat dan Rawatan terjemahan Mukashafah al Qulub agar dapat renungan serta memberi keinsafan kepada saya sendiri dan kita semua.

Barang siapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapat pahala dan rahmat-NYA dan masuk ke syurga-NYA, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar segala kesulitan musibahnya. Allah menyukai orang –orang yang sabar. Dan sabar itu banyak macam. Sabar melaksanakan perintah (taa). Sabar meninggalkan larangan-larangan-NYA. Dan sabar mendapat bencana. Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari kiamat Allah akan memberikannya tiga ratus darjat di syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barang siapa meninggalkan larangan Allah, maka pada hari Akhirat Allah akan memberinya enam ratus darjat. Tiap darjat antara langit dan bumi ke tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari AkhiratAllah akan memberinya tujuh ratus darjat di syurga. Tiap-tiap darjat di antara Arasy dan Tsura.

Dan Rasullullah SAW bersabda, Allah telah berkata,
“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia mohon perlindungan daripada-Ku pasti aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barang siapa ditimpa bencana lalu meminta perlindungan kepada makhluk, pasti ku tutup semua pintu langit baginya.”

dan ...

Lagi sabda Rasullullah SAW,
“barang siapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh.”

semoga kita akan sentiasa munasabah diri agar berjaya dunia dan akhirat.....

Wednesday, July 8, 2009

Beroperasi terus dari rumah

Adalah dimaklumkan bahawa Aina Bakery tidak lagi beroperasi di Sek 3, Bandar Baru Bangi tetapi terus beroperasi dari rumah. Walau bagaimanapun, bagi pelanggan2 Aina Bakery jangan kecewa kerana Aina Bakery diambilalih oleh Ursatun Bakeri.

Bagi peminat kek lapis Sarawak, anda boleh berurusan terus dengan saya (012-2010189-Aina ATAU 012-2770265-Yusaini).

Minat dalam bidang bakeri terpaksa kukorbankan DEMI ANAK-ANAK walau berat untuk dilalui setelah banyak usaha telah kucurahkan untuk develop jenama Aina Bakeri. Minat ku dalam bidang ini tidak pernah pudar dan tidak terfikir untuk berhenti walau tidak lagi memiliki kedai. Aku masih boleh meneruskan minat ini di rumah. tambahan pula aku punya masa yang banyak untuk bersam anak-anak. Sesungguhnya anak-anakku (Syasya, Auni, Danish dan Zakwan) adalah permata yang tidak ternilai bagi ku dan tidak mungkin boleh diganti dengan wang ringgit. Semoga Allah sentiasa merahmati anak-anakku jadi anak yang soleh dan solehah....Amin.


kepada kawan2 serta pelanggan Aina Bakeri saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan anda selama ini. Hanya Allah yang mampu membalasnya.........semoga anda semua dimurahkan rezeki..... jika ada salah dan silap serta kekurangan layanan kami selama ini kami memohon maaf,.sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kekurangan kami.

semoga anda semua terus memberi sokongan kepada Usratun Bakeri. bakeri ini diusahakan orang Melayu dan anda masih boleh menikmati keenakan roti Aina Bakeri dulu di sini.

Sunday, February 1, 2009

Tahun 2009 Yang Mencabar

Salam semua...

Lama betul dah tak update kat blog saya ni. Apa khabar semua kawan-kawan? Semoga di tahun baru 2009 ini, kita semua akan menjadi lebih matang dalam mengharungi kehidupan ini. Tambahan pula dengan cabaran-cabaran RM yang bakal di hadapi oleh kebanyakan dari kita.
Cuba bayangkan, jika di tahun 2008 belanja kita kira ala-ala matching dengan pendapatan kita. Tiba-tiba pada tahun 2009 ini dengan belanja yang masih maitain ataupun kebanyakannya naik, tetapi pendapatan kita telah berkurang 50% secara tiba-tiba. Sedangkan perbelanjaan kita selama hari ini adalah merupakan untuk keperluan kita sekeluarga. Pastinya pening kepala memikirkannya. Apakah strategi kita semua untuk menangani permasalahan ini?
Antara strategi yang terlintas di kepala saya; membunuh semua hutang kredit kad, mengurangkan aktiviti outing, mengeluarkan KWSP untuk membayar hutang rumah dan juga membina alternatif lain untuk menambah pendapatan.
Anyway, ianya tergantung pada diri kita untuk mengaturkannya almaklumlah sebagai menteri kewangan rumah. Bak kata orang bijak pandai, "Di mana ada kesempitan pastinya akan ada kesempatan." Wassalam.