Monday, March 7, 2011

10 tips Chef yang berjaya...

Pasti ramai yang menyimpan minat untuk jadi chef suatu masa nanti seperti beberapa nama chef terkenal di negara kita- Chef Ismail, Zam, Wan, Florence, Anuar, Sabri dan ramai lagi. Setiap kali mereka muncul di kaca TV dengan resepi2 baru, pasti ramai peminat yg tidak akan melepaskan peluang bukan sahaja tengok chef tetapi yang paling penting resepinya.......Malah anak saya Angah pun menyimpan cita2 nk jadi chef...emmmm insyaallah..kalau betul minat kena buat betul2.

Kalo dulu kita dengan kerjaya tukang masak (gelaran klasik) pasti kita ingat apa sangat ler kerjaya gitu...tapi sekarang kerjaya ni boleh buat duit maaaaa...Malah kini banyak kelas serta tempat yang menawarkan pengajian kulinari. Yang paling penting kerjaya ini bukan sahaja diceburi oleh golongan wanita malah mungkin tidak keterlaluan jika saya boleh katakan ianya semakin dikuasai oleh kaum Adam...malah chef terkenal serata dunia bukan sahaja di Malaysia ramai dari kaum Adam..jangan ler plak kaum Hawa berkecil hati dgn pernyataan saya. Lagi pn tad lagi statistik yang boleh menyokong pendapat saya ni....berdasarkan pemerhatian di kaca TV..

Saya tidak menaruh cita2 nk jadi chef sebab memang saya chef pun...betul tak...ala kalo dh jadi ibu dan isteri tu mesti secara automatik dapat gelaran chef tak rasmi. Cuma kat umah tak da ler kita guna topi chef tu...

Saya ni sebenarnya peminat channel AFC dan TLC... pantang berpeluang mesti itu ler channel yang saya pilih. Bukan apa, seronok betul ler tengok org masak. Selain itu boleh juga dapat idea yang boleh dipratikkan di dapur sendiri...

sebenarnya saya cuma nk share tips jadi chef terkenal je...ini saya petik dari majalah SAJI (Januari 2011)

1. Perlu bersifat jujur, rajin dan semangat yang kental mengharungi pelbagai dugaan
2. Sentiasa mempunyai sifat ingin belajar dan merendah diri
3. Berfikiran positif & terbuka dalam menyelesaikan sebarang masalah
4. Sering membuat rujukan berkaitan dunia masakan
5. Perlu berani berhijrah untuk menimba pengalaman
6. Memasak dengan perasaan gembia dan ikhlas
7. Memastikan keadaan dapur sentiasa terurus dan bersih
8. jaga penampilan diri
9. Kreativiti tidak terbatas
10. Saling menghormati antara rakan sekerja...

Sesungguhnya kejayaan itu tidak terbatas bagi orang yang berimpian...dan beranilah mengapai impian agar kejayaan menjadi milik kita.....

No comments: