Friday, March 4, 2011

Chocolate Chip Cupcake



Saya try buat cupcake coklat chip yang saya cedok dr buku Kek Cawan, Lynn Hassan. Mulanya tak confident gak takut bermasalah dr segi rupa dan juga rasa. Tapi alhamdulilah, first try saya tidak mengecewakan bukan sahaja rupa tetapi rasanya memang marvellous...anak2 saya sangat suka cupcake ini. Next day tu cupcake ni lagi sedap dan moist...




Bagi yng nak try boleh lah ambik resipi ini. Minta halalkan resipinya ya Lynn. Mudah2an Allah sentiasa bukakan pintu rezeki untuk Lynn atas sumbangan resipi ini.


Kek Cawan Coklat Chip
Sumber Resipi : Lynn Hassan

Bahan-bahan:
125 mentega (Tin) @ marjerin (tp saya guna butter hari tu pasal x stok)
110 gm gila kastor
2 biji telur
1/2 tsp vanila
130gm tpg naik sendiri
15 gm serbuk koko
2 sudu susu segar (saya gunakan 2 cup2 susu segar-sori i modified resipi u Lynn
30 gm coklat chip

Cara Membuat:
1. Pukul mentega dan gula kastor sampai gebu. Masukkan telur sbiji demi sbiji dgn vanila. Pukul lagi sampai kembang.
2. masukkan tepung naik sendiri yg telah diayak bersama tpg koko yang diselang selikan dgn susu segar tadi.
3. masukkan coklat chip dan gaul rata.
4. bubuh dalam cup dan bakar selama 20 minit (masa baka- mgkn berbeza setiap oven.

SELAMAT MENCUBA..


No comments: